nk dapat payung emas x???
Sayang, Abang minta izin untuk nikah seorang lagi´
"Aliyah yang sedang melipat... kain,terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak.
Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga
dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk,
mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang.
Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum.
Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke
dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan.
Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya,
mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa
puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini,
anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera
bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin.
Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Asraf Mukmin hanya diam,
membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga
hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang
bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina,
gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di
jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.
´Kau mampu Asraf,
dengan gaji kau. Aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga,´
sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia
berdepan dengan Aliyah.
´Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis
sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan
seseorang yang mampu memimpin Qis,´ masih terngiang-ngiang bicara lunak
Qis.
Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah.
Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke
pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama
isteri dan anak-anak..
Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.
´Abang , Aliyah setuju dengan permintaan abang. Tapi, Aliyah nak
berjumpa dengan wanita tu,´ Lembut dan tenang sayup-sayup suara
isterinya.
Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran.
Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai
wanita yang jauh lebih muda.
´Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?´ pelik benar permintaan isterinya.
Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia
menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan
perkara yang bukan-bukan.
Dan hakikatnya dia seharusnya
bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain,
alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga.
Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih
bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid,
gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu.
Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang
tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.
´Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri abang,´ terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau.
´Kak Aliyah yang minta,´ masih lembut dia memujuk Qis.
´Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?´
´Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!´ terkejut Asraf Mukmin.
´Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. abang dah lama hidup dengannya. abang faham,´
Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa
dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama
membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak
membuli aku. Desis hati kecil Qistina.
Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia
merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya.
Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana
Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina
untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah
bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik.
Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan
di masjid Putra.
Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban
malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah
dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca
AlQuran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina
melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya
benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan.
Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang
dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik
dengan berzanji. Menitis air matanya.
Hatinya masih tertanya-tanya,
apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan
tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya
seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.
breast breast... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya.
´Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik untuk abang jadikan isteri.
Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya
untuk bersama abang,´
Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.
Kepada:
Asraf Mukmin,
Suami yang tersayang...
Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,
Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu.
abang yang dikasihi,
Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima
kasih kerana abang membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu
cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.
1. Dengan
ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah
tidak nampak bentuk badan. Baju-bajunya memang mengikut peredaran zaman.
Tapi, Aliyah sayangkan abang. Aliyah tak sanggup abang diheret ke
neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa abang sendiri pun, masih
belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi abang nak
menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan abang...
2. Aliyah
ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western
food. Tapi, Aliyah sayangkan abang. Aliyah tahu selera abang hanya pada
lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera abang
sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga
singgah di sebuah restoran western food, abang muntahkan semua makanan
western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah
mereka. kasihan nanti, tak makan lah pula anak-anak kita. Aliyah
sayangkan abang...
3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah.
Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan
menjadi ibu pada zuriat abang yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia
mampu untuk mengajar anak-anak abang nanti untuk menjadi imam dan imamah
yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai
telekung... Aliyah sayangkan abang...
abang yang disayangi,
Cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah
tak terdaya. abang lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, abang
mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan abang
mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.
abang yang dicintai,
Di dalam sampul ini ada boring keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah
tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak . Jika
munajat abang di Masjid Putra
mengiayakan tindakan abang ini,
ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak
cakap, Qistina telah berada di sawarak. Menunggu abang... Aliyah
sayangkan
abang... Tetapi jika abang merasakan Qistina masih belum
cukup hebat untuk dijadikan isteri abang, pergilah cari wanita yang
setanding dengan Aliyah... Aliyah sayangkan abang.
Tetapi, jika
abang merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk abang.. tolonglah
bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran abang, roti
canai.. air tangan Aliyah.
Salam sayang,
Aliyah Najihah binti Mohd Hazery
Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah
bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum!
Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!!! !!
**p/s.....lau epal,ntah la....hurmmmmmmm
No comments:
Post a Comment