ngikut teman lelaki mu?.
Nak menyanyangi manusia tidak salah. Bahkan ianya wajib..
"Aku
cintakan padamu!, jangan tinggalkan ku!"..."I love u sooo much
honey"... "aku tak boleh hidup tanpamu!"..."Aku sanggup mati untuk
mendapatkanmu"..."Aku sanggup lakukan apa sahaja untukmu"..."Jangan
lukakan hati I, I tak tahu kat mana tempat nak mengadu kalau takde u"..
Itulah antara kata-kata indah yang selalu diungkapkan oleh sang putri
(wanita) kepada teman lelaki mereka. Kata-kata ini seolah-olah
menunjukkan bahawa teman lelaki merekalah yang menciptakan dan memberi
nyawa kepada mereka. Kata-kata ini juga boleh menyebabkan dia menjadi
syirik kepada Allah Azza Wajalla yang telah menciptakan manusia dan
seluruh alam ini. Nauzubillah.
Mereka bertudung. Mereka
berkalimah syahadah. Mereka mengaku Muslimah. Tetapi hakikatnya mereka
adalah pendusta!. Adakah seseorang itu disebutkan Muslim yang baik hanya
selepas dia berkalimah syahadah, dengan mengaku 'tiada Tuhan melainkan
Allah, Muhammad itu pesuruh Allah' tetapi dalam masa yang sama dia tidak
melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah dan Rasulnya?.
Siang malam menghabiskan duit. Koman-koman sehari mereka akan
menghabiskan hampir RM 10 hanya untuk 'topup' credit phone untuk
menghubungi dan bermesej-mesej dengan teman lelaki mereka. Apa yang
dimesejkannya?. 'U dah makan?"...."U ada kat mana?"...'I miss u
sayang"..."U tak tidur lagi ke?..."U ada teman baru ke?"...itulah antara
mesej-mesej yang boleh dikatakan menjadi satu kewajipan bagi mereka.
Bayangkan jikalau mereka menggunakan duit itu di jalan Allah. Seperti,
print artikel dakwah, pastu potostat banyak-banyak. Then edarkan kepada
orang ramai. Subhanallah!. Berapa banyak orang mendapat manfaat
daripadanya?. Berapa banyak pula pahala yang Allah hadiahkan kepada
mereka?.
Gadis lari daripada rumah mengikut teman lelaki. Bukak
je surat khabar. Ha itulah antara tajuk yang fofular. Tunjuklah gambar
ibu bapa dengan muka sedihnya merayu "pulanglah anakku..mak masih sayang
padamu..kenapa buat mak macam ni"?... Tak reti bersyukur!. Derhaka!.
Itu sahaja perkataan yang sesuai untuk manusia sebegini. Bayangkan hanya
baru mengenali seorang lelaki yang tak sampai seminggu boleh terus
hanyut dan mengenepikan ibu bapamu yang telah membelamu berbelas tahun?.
Bahkan berpuluh tahun?. Cubalah refresh balik bagaimana seksanya Ibumu
mengandungkanmu selama 9 bulan, membawamu ke sana ke sini tanpa sedikit
pun mengeluh. Ayahmu pula tak henti-henti keluar ke sana ke sini mencari
rezeki untuk menyara kehidupanmu. Akhirnya apa yang mereka dapat?.
Mereka hanya dibalas najis. Bahkan ada diantara mereka membalas jasa ibu
bapa mereka dengan 'mengandung anak haram'...petuiih. Tak ada rasa
malukah mereka-mereka ini?. Di mana lelaki kamu yang selalu bersamamu?.
Dah lari dah?. Ala ciannye. ehehehe...
"Nah!. Ambillah
tubuhku!. Ini untuk u sayang. U mintak apa saja I akan kasi. Tapi please
dont leave me honey"..wah best!. Terus lah teman lelakinya melahab dan
meratah tubuh teman wanitanya. Yummy sedap betul!. Esok abang nak lagi
boleh?. "No problem dear. Asalkan U tak cari awek lain. I sanggup".
Wah!. Tersenyum lebarlah si teman lelakinya!. Best ni. Ada can.
Beraksilah pasangan tersebut dengan aksi yang penuh dengan kasih sayang
yang berpaksikan kasih sayang syaitan. Ada yang beraksi dengan bertudung
tanpa baju (fewwiit). Ada yang beraksi telanjang terus (cayyalah wei).
Ada yang beraksi kat taman-taman (cuba try tengok kat tempat korang :P).
Ada yang beraksi kat depan masjid! (agak-agak sikit wei!). Wah happy
betul pasangan ni. Siap rakam-rakam guna phone sebab nak buat kenangan.
2-3 minggu selepas itu. Si awek call teman lelakinya. 'Abang!. I
ngandung ni!. Mcm mana ni?. U kenelah jadi suami I. U kena
tanggungjawab!. U kena ingat janji U dulu!."..Si teman lelaki
"...................". Kenapa u tak jawab honey?. Tanya si awek. Apa
yang dijawab si teman lelaki? ".....Tut....Tut....Tut..."..Handphone
ditutupkan!. Bukan main terkejut si awek!. Call lagi si teman lelaki.
Kali ni dia angkat. Tapi suara orang perempuan. Kata perempuan tersebut
"..Please try later..". Jeng jeng jeng!!!...hampa nak buat apa time tu?.
Nangis air mata darah?. Sudah tentu tidak berguna lagi. 4 Bulan selepas
itu. Ambik kau. Perut sikit punya besar. Mak ayah ingat anak dah jadi
gemuk sebab makan banyak (orang gemuk jangan terasa). Selama ni badan
kecik je. Oh! rupa2nya dia mengandung!. "Keluar kau dari rumah ni!. Kau
bukan anak aku!. Aku tak pernah ada anak kotor macam kau!."..Maka
keluarlah wanita tersebut dengan penuh hina dan kesedihan yang tidak
terhingga. Ke mana nak pergi?. Oklah rumah kawan. "Eh asal awak gemuk
semacam ni?. Kenapa awak nangis ni?. Ada problem"?. Tanya si kawan. Dia
menjawab. "I baru kena halau dari rumah. Actually I hamil anak bf I.
Tapi dia dah lari."...Betapa terkejutnya si kawan. "Eh pergilah kau dari
sini!. Aku tak pernah ada kawan yang perangai buruk macam kau ni!."
Kedegang bunyi pintu ditutup. Apa kes?. Ha nangislah kat situ. Ibu bapa
dah halau. Sekarang ni kawan pun dah halau. Mereka masih lupa untuk
bertemu dengan Allah yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang.. Sampai
masa yang cukup. Anak yang dikandungnya pun keluar. Oh!. Ingatkan nak
peluk cium anak tu dengan penuh kasih sayang!. Dia pergi tikam pulak
anak tu!. eh-eh dia pi sumbat si bayi comel tu ke dalam lubang tandas!.
Tak boleh juga. Dia buang dalam tong sampah. Dia biarkan anaknya
dirobek-robek anjing!. Celakalah kau perempuan!. Sudahlah berzina,
kemudian membunuh pula?!. Last-last. Hidup dah tertekan. Maka dia ambil
keputusan naik atas bangunan paling tinggi. Kemudian menjadi ala-ala
superman. Nak buat apa?. OH TIDAK!!. DIA BUNUH DIRI!. Maka melayanglah
tubuh wanita itu menghempas ke tanah. Terburai isi perut, otak dan
segala-galanya. Maka tamatlah riwayat hidup wanita itu yang akan
mendapat azab Allah di akhirat. Ingat sudah selesai selepas membunuh
diri?. No way!. U tunggu azab Allah!. AZAB YANG PEDIH DAN
SEPEDIH-PEDIHNYA!.
Sedarlah wanita. Kenapa kamu sanggup
menangis hanya disebabkan manusia?. Kenapa kamu sanggup membuatkan
fikiranmu pening hanya kerana memikirkan teman lelaki mu?. Kenapa kamu
sanggup mengenepikan Syurga hanya untuk Neraka?. Kenapa kamu sanggup
tinggalkan pelajaran kamu hanya untuk teman lelaki?. Kenapa kamu sanggup
menderhakai ibu bapamu hanya kerana ingin me
Nabi
bersabda. "Tidak akan diterima keimanan seseorang daripada kalian,
sebelum ia mencintai sesama Muslim sebagaimana Ia mencintai dirinya
sendiri". Cintailah mereka dengan penuh kasih sayang. Tetapi cinta
kepada Allah adalah melebihi segala2nya!.
Wanita!. Ambillah
pengajaran atas apa yang berlaku terhadap rakan-rakanmu yang hilang
punca hidup. Ambilah pengajaran. Dan berhati-hatilah.
Dan
apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk
berfikir bagi orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepada
kamu pemberi peringatan." (Fathir, 37)
Kenapa bila terjadi
sesuatu masalah kamu tidak berhadapan dan melutut di hadapan Allah?.
Takut Allah tidak menerimamu?. Dosamu banyak? Lebih banyak daripada air
di lautan?. Ingatlah bahawa Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang!.
Sekalipun kamu melakukan syirik kepada Allah, kemudian bertaubat!.
Nescaya Allah menerimanya!. TAUBATLAH! KEMBALILAH KEPADA ALLAH!.
Bukti cinta Allah yang teramat Agung!. Dalam sebuah Hadits Qudsi:
"Wahai anak Adam, sesungguhnya jika kamu berdoa kepadaKu dan berharap
kepadaKu, necaya Aku mengampuni dosa-dosamu yang telah lalu dan aku
tidak peduli. Wahai anak Adam, seandainya dosa-dosamu mencapai awan di
langit kemudian kamu meminta ampunan kepadaKu, Nescaya Aku mengampuni
dosa-dosamu terdahulu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, seandainya
kamu datang kepadaKu dengan mebawa dosa-dosa sepenuh bumi kemudian kamu
datang kepadaKu dengan tidak menyekutukanKu dengan suatu apapun, maka
Aku memberi ampunan kepadamu sebanyak dosa-dosa tersebut."
lpas epal bce bnda nie,epal sdra slme nie byk sgt yg epal xtau.....alhamdulillah skrg nie artikel nie da byk sdar kn epal....artikel nie epal ambk kt dlm group td....ala kt mne ag lau bkn kt fb....alhamdulillah skrg nie epal mst dlndungi allah....epal hrap epal xkn t'jebak dlm bnda2 mcm nie.....ye la epal pn da sngle skrg nie.....epal hrp epal x jd mcm nie.....tkt plak ble bce artikel nie...so pd spe2 yg nk brbah,jm kte sme2 brbah ke arah kbaikan....=) epal hrap artikel nie sdkit sbyak bleh bkak mata korg k.......epal minx mf lau korg ad trse ati ble bce artikel nie........salam...
No comments:
Post a Comment